Kain sarung warisan bangsa

SARUNG adalah pakaian tradisional masyarakat tempatan di Malaysia. Pemakaian sarung dipercayai sudah bertapak di bumi ini sejak kurun ke-15.

Apa yang difahamkan, kain sarung ialah sebidang kain lebar yang dijahit atau dicantum di kedua-dua punca sisi kain sarung.

Namun, ada juga definisi lain mengenai kain sarung. Siti Zainon Ismail, dalam buku Busana Melayu Johor (1997), menyatakan bahawa kain sarung ialah kain yang dipakai dengan melilit bahagian anggota badan, iaitu dada atau pinggang, diikat simpul atau memakai tali pinggang dan dibiarkan melabuh hingga paras lutut atau buku lali kaki.

Sementara Kamus Dewan, Dewan Bahasa Pustaka Edisi Ketiga 2000 pula mentafsirkan, kain sarung ialah kain yang hujungnya dijahit bersambung.

Pemakaian perllihatkan ciri khas

Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai kain sarung lazimnya, ia lebih banyak dikaitkan dengan orang Melayu. Ini berikutan, sejak zaman dulu sarung ialah bahan pemakaian asas bagi wanita dan lelaki Melayu. 

Pemakaian kain sarung di kalangan orang Melayu memperlihatkan ciri khas, iaitu dipakai secara menyarung kain meliliti bahagian pinggang atau berkemban menutup labuh ke bawah lutut hingga ke buku lali.

Kedua-dua punca sisi kaki sarung biasanya akan dijahit terlebih dBaba Nyonya dan Ceti Cetia juga berkain sarung yang turut mencerminkan kehidupan tradisi mereka sudah dipengaruhi budaya Melayu.

ulu. Selain masyarakat Melayu,

Bagi lelaki, kain sarung dipakai dengan baju Melayu. Kain sarung dilipat ke depan (dari sisi kiri dan kanan) dan digulung. Kaki kain sarung dilepaskan hingga ke buku lali. Jika kain sarung dipakai bersama-sama seluar, kaki kain sarung disingkatkan hingga ke paras lutut dan menjadi samping. Ia melengkapkan lagi bentuk berpakaian cara Melayu lelaki ataupun beberapa gaya dalam pakaian wanita seperti pakaian Puteri Perak.

Wanita Melayu, Nyonya dan Cetia pula memakai sarung bersama baju kurung atau baju kebaya. Kain sarung diikat atau dililit di pinggang dengan pelbagai cara.

 Antaranya, membuat satu lipatan yang ditindan ke depan badan ataupun dengan lipatan kecil yang dikumpulkan pada salah satu sisi badan dan ini dikenali sebagai ombak mengalun. Untuk mengemaskan atau memastikan kain sarung tidak terlucut, tali pinggang atau pita digunakan untuk mengikatnya.


Fungsi lain sarung

Selain daripada itu, kain sarung juga berfungsi sebagai kain kelubung, selendang wanita, ikat kepala dan selempang.

Dari sudut adat, kain sarung turut dijadikan bahan hantaran perkahwinan ataupun dijadikan sebagai sebai atau tetampan dengan cara lipatan panjang dan disangkutkan di leher dan kedua-dua hujungnya dijatuhkan ke dada. 

Sebagai alat kemudahan dan kelengkapan rumah tangga, kain sarung juga dijadikan selimut, buai atau mengendong bayi dan barang keperluan. Begitulah pentingnya kain sarung dalam budaya kehidupan masyarakat Melayu dan etnik lain di negara ini.

Pelbagai jenis

Sebenarnya, ada pelbagai jenis sarung antaranya sarung batik, tenun songket, sarung tenun bercorak, sarung limar dan sarung tenunan masyarakat etnik Sabah dan Sarawak. Semua jenis sarung ada keunikan dan keistimewaan tersendiri malah, fungsinya juga ada yang berbeza.

  misalnya, mempunyai asal usul yang menarik. Mengikut sejarah, batik berasal daripada perkataan Melayu, iaitu `titik’ dan perkataan Jawa `amba’ (tulis), gabungan ini membawa maksud `tulisan bertitik’. Perusahaan batik bermula pada abad ke-12 dan batik ketika itu hanya dipakai oleh raja dan bangsawan khasnya, kaum Jawa.
Sarung batik

  Setiap suku kaum ada cara tersendiri dalam penghasilan batik. Justeru, batik dipanggil mengikut nama sesuatu suku negeri. Antara yang terkenal di kepulauan Melayu adalah Jawa, Batik Betawi, Batik Cerebon, Batik Kelantan dan Batik Terengganu.

 Ada dua jenis kain batik, iaitu batik lepas dan batik sarung. Batik lepas dipakai dengan kain sarung dan wiron Di samping itu, ia juga digunakan sebagai kain tutup jenazah. Batik sarung pula dijadikan kain kelubung wanita, ketika keluar rumah. Kain ini dipakai dengan cara memegang pertemuan kain di dagu. Wanita yang memakai kain kelubung ini, memakainya hanya menampakkan muka saja.

Sarung telepuk satu lagi sarung yang menjadi kebanggaan warisan bangsa Melayu. Seni telepuk adalah satu bentuk seni tekstil Melayu yang hampir pupus. 

Kewujudannya dianggarkan bermula abad ke-17 atau ke-18 dan dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Bugis dan Sulawesi. Telepuk mengikut sastera lama bermaksud bunga-bungaan dan lain-lain yang diperbuat daripada emas.

Sementara, sarung tenunan songket adalah sejenis tekstil fabrik atau fabrik Melayu yang dihasilkan daripada teknik proses `sungkit’ iaitu menyungkit benang emas. Perkataan bersungkit (songket) atau sulam benang emas dan perak dikenali juga sebagai kain jong sarat, teluk berantai atau berpakan emas.

Masyarakat Sarawak juga mewarisi kepakaran menenun songket daripada kerajaan Melayu Brunei. Susur galur masyarakat Brunei ada hubungan dalam masyarakat Melayu Sarawak menerusi seni tenunan dan sulaman yang menggunakan bahan kilau benang emas, kelingkam dan perhiasan barang kemas.

Sarung tenunan bercorak pula begitu terkenal di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tenunan bercorak ialah hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Ia dibahagikan kepada tenun benang kapas dan benang sutera. Kepelbagaian dan keindahan sarung tenunan bercorak dibahagikan kepada kain corak melintang, memanjang, ragi dan seperti corak kain Rawa atau kain Bugis, Muar, Samarinda, Sambas dan Palembang (kain Gebeng).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *